Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2020

24 Julai 2020

5 April - 10 Mei 2020 

Atas permintaan para penderma dan penyumbang serta orang ramai, program bantuan kepada yang memerlukan dan kempen peduli jiran telah disambung semula mulai 5/4/2020 hingga 10/5/2020. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyajakan program ini samada secara langsung atau pun tidak. Ucapan ribuan terima kasih juga tidak dilupakan kepada semua penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang tanpa mereka tidak mungkin program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

 

Berikut adalah sebahagian gambar-gambar yang telah dirakam untuk dikongsikan sama semasa program tersebut berlangsung.

14 Januari 2020

Puan Hashima Hasbullah Yahya, Setiausaha Agung, mewakili Cfos hadir ke engagement session membincangkan serta mendengar taklimat mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan Cash Transaction Limit (CTL) anjuran Bank Negara Malaysia, bertempat di Bangunan Bank Negara, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Turut hadir wakil-wakil daripada bank-bank, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, NGO-NGO dan beberapa institusi swasta yang ada kaitan dengan pengurusan kewangan.

25 Mac 2020

Cfos dengan kerjasama Jetsin Sdn Bhd dan Kafe Abang J akan membekalkan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang membantu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kakitangan rumah sakit di sekitar Kota Kinabalu mulai 25/3/2020 hingga 4/4/2020 yang diketuai oleh Setiausaha Agung Cfos, Puan Hashima Hasbullah Yahya.

29 Februari 2020

Mesyuarat EXCO Cfos Bil 01/2020 telah diadakan pada 29 Februari 2020 bertempat di SKY Hotel, Kota Kinabalu untuk membincangkan isu-isu semasa, merangka program-program serta aktiviti-aktiviti rasmi Cfos untuk tahun 2020.

25 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Bil 01/2020 di Ibu Pejabat KPDNHEP, Putrajaya. 

19 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani menghadiri Mesyuarat Focus Group Amalan Perniagaan Bil 1/2020, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) yang diadakan pada 19 Februari 2020 bertempat di Bilik Perbincangan PDK, Aras 4, Blok Menara,KPDNHEP Putrajaya.

17 Julai 2020

Misi program KKKR@we care pada 17 Julai 2020. Penerima seramai 58 keluarga di 28 buah perkampungan dalam daerah Pitas. Cfos telah diwakili oleh Presiden selaku pemantau dalam program tersebut. Sebahagian daripada gambar-gambar yang dirakam di Kg Pondoi, Pitas, semasa penyerahan sumbangan barangan dapur dan lain-lain keperluan.

Mesyuarat fokus group (Amalan Perniagaan) Bil 2/2020 Majlis Penasihat Pengguna Negara telah diadakan pada 24 Julai 2020 di Ibu Pejabat KPDNHEP Putrajaya membincangkan beberapa isu semasa sebelum membentangkanya dlm mesyuarat induk yang akan diadakan dalam bulan Ogos kelak.

4 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani mewakili Cfos hadir ke sesi ramah mesra YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama rakan strategik kepenggunaan KPDNHEP pada 4 Februari 2020 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Aras G, Podium 1,Bangunan KPDNHEP, Putrajaya.