Official
cfos
website
(program and
activities)
Pada 29 Januari 2016, Exco Cfos telah membuat pemantauan di beberapa buah premis perniagaan di sekitar kawasan bandar Tawau. Program turun padang ke bandar Tawau pada kali ini adalah merupakan yang ke tiga diadakan di bawah program Price Watch Street Team Cfos. Sebanyak lima buah premis telah diperiksa termasuk pasar ikan bandar Tawau.
Sebelum itu, Exco Cfos telah membuat tinjauan ke pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin, Tawau (CIQ) sempena program khas ( seminar dan ceramah terbuka ) kempen pemerkasaan pendidikan pengguna yang di adakan di Dewan Serbaguna, Kg Titingan, di sebelah pagi.
Tujuan tinjauan diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang operasi seharian di pusat tersebut dan untuk mengetahui lebih mendalam lagi cara-cara pihak kastam mengesan barang-barang kawalan sekiranya ada cobaan untuk menyeludupnya ke negara jiran.