Official
cfos
website
(program and
activities)
Seminar Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna telah diadakan di Dewan Mini, Kg Ulu Sipitang pada 16 Januari 2016. YB Datuk Hj Sapawi Hj Ahmad, Ahli Parlimen P178 Sipitang telah menyempurnakan majlis perasmian/penutupan program sehari tersebut. Program ini dianjurkan oleh Cfos dengan kerjasama KPDNKK, UMNO Bahagian P178 Sipitang, Community Policing Malaysia Sabah, IPD Sipitang dan Bank Rakyat cawangan Beaufort. Seramai 357 orang peserta berdaftar dan hadir untuk mengikuti seminar tersebut.
Lima buah ceramah telah disampaikan. Tajuk ceramah dan penyampai adalah seperti berikut :-
1. " Isu-isu semasa Kepengunaan " oleh Encik Rosdeh Likum ~ PDNKK Cawangan Beaufort
2. " Titik beratkan hidup bersederhana dalam ekonomi tidak menentu cara Islam oleh Ustaz Muhamad Fadli bin Amat ~ JAKIM
3. " Cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat " oleh Encik Shoffiendey Ambi ~ Bank Rakyat cawangan Beaufort
4. " Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti " oleh Inspektor Asdar bin Miktar ~ IPD Sipitang
dan penampilan khas oleh Tabung Haji cawangan Beaufort ceramah " Selangkah ke Baitullah " oleh Pengurus cawangan Tuan Haji Yusdi Nasip
Ramai pengguna telah tertipu di kawasan Beaufort dan Sipitang kerana membeli pakej umrah dan ziarah daripada agensi pelancongan yang tidak mempunyai lesen sah. Oleh hal yang demikian, tabung haji cawangan Beaufort terpanggil untuk memberi penerangan tentang organisasi dan produk-produk yang ditawarkan oleh mereka supaya pengguna lebih berhati-hati sebelum melabur atau membeli pakej yang ditawarkan di masa hadapan.
Selain ceramah, pameran telah diadakan oleh Cfos, KPDNKK dan Tabung Haji. Pertandingan melukis untuk kanak-kanak tadika KEMAS daripada empat buah kampung berdekatan juga diadakan.