Official
cfos
website
(program and
activities)
Seminar sempena kempen pemerkasaan pendidikan dan kesedaran pengguna / motivasi pelajar anjuran Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Biro Penerangan UMNO P178 Sipitang dan PIBG SK Ladang, Lumadan Beaufort telah diadakan pada 24 Mei 2014 bertempat di Dewan Komuniti, Lumadan.
Seramai 317 orang peserta menghadiri seminar tersebut, terdiri daripada barisan kepimpinan UMNO Bahagian P178 Sipitang, ketua-ketua biro penerangan cawangan UMNO Sipitang, pemimpin masyarakat, AJK PIBG SK Ladang, Ibu bapa serta pelajar tahun 6 SK Ladang, Lumadan.
Pameran barangan palsu / bukan tulen diadakan oleh bahagian kepenggunaan PDNKK cawangan Kota Kinabalu dan tidak ketinggalan unit pameran cfos untuk mengisi ruangan yang ada atas permintaan SK Ladang, Lumadan.