Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Price Watch Team ~ Centre Point, Kota Kinabalu - 3/9/2018

PWT Cfos telah ke Centre Point pada 3 September 2018 untuk membuat pemantauan harga barangan selepas bermulanya cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018. Hasil pemantauan didapati , (1) Ramai peniaga yang sebelum in berdaftar cukai GST masih belum mengenakan SST dan ada segelintir yang tidak layak mengambil kesempatan mengenakan cukai SST sebanyak 6%. (2) Peniaga dan pengguna masih tidak tahu/keliru dengan produk dan perkhidmatan yang dikenakan cukai SST (3) 6% cukai SST dipotong daripada nilai tambah kad prabayar (4) Hanya segelintir peniaga yang mula mengenakan cukai SST tidak mempamerkan sebarang notis mengenainya. Cfos juga membantu menyampaikan maklumat kepada peniaga dan pengguna mengenai larangan menetapkan pembelian minima/maksima serta larangan mengenakan caj tambahan atas pembayaran kad. Antara yang diperolehi oleh Cfos pada pemantauan tersebut adalah (1) Ramai peniaga samada daripada syarikat kecil atau pun besar masih mengenakan pembelian minima untuk menerima bayaran kad pelanggan. Pembelian minima ini adalah antara RM15-RM100. Rata-rata peniaga mengatakan tidak tahu akan larangan tersebut. (2) Hanya satu kedai iaitu sebuah salun rambut yang didapati mengenakan caj tambahan 3% selain daripada menetapkan pembelian minima rm45.Selain daripada di atas, Cfos juga mendapati masih terdapat barangan jualan yang tidak dipamerkan harga dengan betul iaitu mengelirukan para pengguna.