Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

  •  

    Price Watch Street team cfos mula bergerak

     

    Price Watch Street team cfos telah mula bergerak menggunakan van khas ke kawasan Sipitang dan Membakut pada 17 Januari 2016 yang lalu untuk membuat pemantauan harga barangan, kaji selidik dan bertemu dengan peniaga dan pengguna tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan kepenggunaan. 


  •  

    Pelaksanaan program " Price Watch Team " dan " Pemerkasaan Pendidikan Kepenggunaan FASA II "
     

    Consumers Front of Sabah ( cfos ) akan memantau harga barangan dan aktiviti yang berkaitan melalui program " Price Watch Team " bermula secara rasminya mulai 1hb Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015. Program Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II akan diteruskan ke kawasan luar bandar Sabah mulai 1hb Julai 2015 hingga 31 Disember 2015.

    Pelbagai acara atau pengisian program telah dirangka termasuklah Seminar, Sukan dan Bakat Pengguna, turun padang, Ceramah Terbuka, Kuiz Pengguna, Mini Karnival, program bersama PIBG (gabungan 2-3 sekolah setiap program), Majlis dialog bersama peniaga dan pengguna/pembekal dan peruncit. Program yang akan diadakan adalah tertakluk kepada perubahan semasa dan mengikut kesesuaian/keperluan daerah atau tempat program ini akan diadakan kelak.

    Maklumat lanjut mengenai dengan program akan dimaklumkan dalam blog ini, melalui akaun fb/twitter rasmi cfos serta media tempatan, nasional serta radio online dan berfrekuensi.


     



This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.