Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2020

4 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani mewakili Cfos hadir ke sesi ramah mesra YB Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bersama rakan strategik kepenggunaan KPDNHEP pada 4 Februari 2020 yang telah diadakan di Dewan Serbaguna, Aras G, Podium 1,Bangunan KPDNHEP, Putrajaya.

14 Januari 2020

Puan Hashima Hasbullah Yahya, Setiausaha Agung, mewakili Cfos hadir ke engagement session membincangkan serta mendengar taklimat mengenai dengan isu-isu yang berkaitan dengan Cash Transaction Limit (CTL) anjuran Bank Negara Malaysia, bertempat di Bangunan Bank Negara, Cawangan Sabah, Kota Kinabalu. Turut hadir wakil-wakil daripada bank-bank, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, NGO-NGO dan beberapa institusi swasta yang ada kaitan dengan pengurusan kewangan.

25 Mac 2020

Cfos dengan kerjasama Jetsin Sdn Bhd dan Kafe Abang J akan membekalkan makanan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang membantu menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kakitangan rumah sakit di sekitar Kota Kinabalu mulai 25/3/2020 hingga 4/4/2020 yang diketuai oleh Setiausaha Agung Cfos, Puan Hashima Hasbullah Yahya.

29 Februari 2020

Mesyuarat EXCO Cfos Bil 01/2020 telah diadakan pada 29 Februari 2020 bertempat di SKY Hotel, Kota Kinabalu untuk membincangkan isu-isu semasa, merangka program-program serta aktiviti-aktiviti rasmi Cfos untuk tahun 2020.

25 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani menghadiri Mesyuarat Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Bil 01/2020 di Ibu Pejabat KPDNHEP, Putrajaya. 

19 Februari 2020

Presiden, Nordin Thani menghadiri Mesyuarat Focus Group Amalan Perniagaan Bil 1/2020, Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) yang diadakan pada 19 Februari 2020 bertempat di Bilik Perbincangan PDK, Aras 4, Blok Menara,KPDNHEP Putrajaya.