Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Tahun ini, sekali lagi Cfos mengadakan majlis iftar bersama ahli-ahli keluarga EXCO cfos, rakan-rakan cfos serta meraikan 30 orang pelajar Madrasah Tahfiz Nur Salian, Putatan sebagai tetamu khas. Majlis diadakan di Restoran Maupassant, Hotel Mercure Kota Kinabalu.

12 November 2019

Presiden, Nordin Thani menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) Bil 3/2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Azalea, Ibu Pejabat KPDNHEP, Putrajaya.

12 & 13 Oktober 2019

Cfos telah mengadakan pameran sempena program Hari Pengguna Malaysia anjuran KPDNHEP Sabah di Politeknik Kota Kinabalu pada 12 & 13 Oktober yang lalu. Terima kasih kepada semua yang telah berkunjung ke booth cfos. Di bawah gambar-gambar untuk dikongsikan sama.

2 Oktober 2019

Presiden menghadiri Mesyuarat Penasihat Pengguna Negara - Fokus Group ( Amalan Perniagaan ) Bil 3/2019 di ibu pejabat KPDNHEP Putrajaya untuk membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan peningkatan harga ikan di pasaran, kenaikan harga rumah, produk-produk kesihatan palsu, ubat-ubatan tiruan dan terlarang. Turut hadir wakil-wakil daripada Real Estate & Housing Developers' Association (REHDA) Malaysia untuk memberi taklimat mengenai dengan keadaan dan situasi terkini industri pembinaan dan perumahan di Malaysia

2 November 2019

Presiden, Nordin Thani menghadiri majlis perasmian karnival kempen beli barangan Malaysia peringkat kebangsaan 2019 yang diadakan di Dataran Angsana Johor Bahru yang telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

25 September 2019

Pn Hashima menghadiri mesyuarat program Mini Karnival yang mana akan diadakan di Politeknik Kota Kinabalu pada 12-13 Oktober 2019 sempena dengan sambutan Hari Pengguna Kebangsaan dan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil .

24 September 2019

Presiden menghadiri program advokasi Akta Perlindungan Pengguna 1999 (pindaan 2019) di Dewan Serbaguna, KPDNHEP, Putrajaya.

11 September 2019

Presiden dan Setiausaha Agung menghadiri Program Advokasi Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Pindaan) 2019 di Pejabat KPDNHEP Kota Kinabalu. TTPM dan Akta jualan barangan/kredit menjadi perbincangan hangat semasa sesi diadakan.

20 Ogos 2019

Presiden menerima watikah perlantikan sebagai Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara daripada Menteri KPDNHEP, YB Datuk Seri Saifudin Nasution Bin Ismail di ibu pejabat KPDNHEP Puterajaya. Perlantikan ini adalah bagi sesi 2019/21 dan merupakan perlantikan kali kedua Presiden Cfos menggotai MPPN. Setelah selesai majlis penyerahan watikah, mesyuarat MPPN Bil 02/2019 diadakan. Turut hadir ialah Setiausaha Agung Cfos, Puan Hashima Hasbullah Yahya sebagai pemerhati.

27 Ogos 2019

Cfos telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah KPDNHEP negeri ia itu YBRS Tuan Georgie Abbas di pejabat beliau di kompleks pentadbiran kerajaan persekutuan, Jalan UMS untuk membincangkan isu-isu kepengunaan semasa dan program-program yang akan dianjurkan oleh Cfos sebelum akhir tahun.

27 Ogos 2019

Cfos telah diwakili oleh Presiden dan Setiauasa Agung ke Mesyuarat Majlis Gerakan Pengguna Negeri ( MGPN ) Sabah Bil 1/2019 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Seri Semporna TH Hotel Kota Kinabalu.

23 Ogos 2019

Satu perbincangan khas telah diadakan di UMS mengenai dengan program Cfos - KreaNova 10km fun run yang akan dianjurkan bersama Cfos, UMS dan Ultron pada 30 November 2019 di dataran Dewan Canselor UMS.

1 Ogos 2019

Presiden menghadiri bengkel focus group 3 di Dewan Latihan, Aras 6, Podium 2, Bangunan KPDNHEP, Putrajaya

Presiden menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke 18 Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) yang diadakan di bangunan lama MCMC,Cyberjaya. Cfos adalah ahli CFM untuk melindungi hak pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia khususnya di Sabah.

14 Januari 2019

Cfos telah berganding bahu dengan Majlis Belia Sabah untuk membantu mangsa-mangsa kebakaran di Kg Pasir Putih, Putatan. Semua mangsa ditempatkan di Pusat Penempatan sementara. Jentera Cfos terlibat dengan aktiviti memasak secara bergotong royong, mengagihkan makanan, minuman dan barang-barang keperluan kepada semua mangsa.

31 Julai 2019

6 Julai 2019

Puan Norbiha Kasmuri, Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sabah telah memberi taklimat tentang penubuhan koperasi kepada EXCO Cfos bertempat di Hotel Puri, Inanam. Cfos sedang dalam proses untuk menubukan koperasinya sendiri selari dengan keperluan semasa dan ahli-ahlinya.

29 Mei 2019

Biro Media Awam yang diketuai oleh Puan Cicelia Hugo telah mengadakan kursus kewartawanan dengan kerjasama New Sabah Times, khas untuk EXCO Cfos. Kursus diadakan adalah untuk mempelajari teknik penulisan kewartawanan, disamping mengenali secara mendalam kepentingan akhbar bercetak. Peserta juga berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan akhbar tersebut untuk siaran keesokan harinya.

18 Mei 2019

4 Mei 2019

Mesyuarat EXCO Cfos Bil 02/2019 telah diadakan di Mercure Hotel, Kota Kinabalu.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Cfos (BIL -1/2019) telah diadakan di Promenande Hotel

14 April - 17 April 2019

Cfos telah membantu penghuni yang tinggal di kuaters Institut Pendidikan Negeri Sabah (KIPS) untuk mendapatkan bekalan air semula setelah dipotong sekian lama akibat permasalahan pengurusan dalaman. Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Datuk Peter Anthony turut memantau  dan meninjau keadaan semasa untuk mendapatkan maklumat terkini daripada Cfos sebelum turut membantu masalah yang dihadapi oleh penghuni.

13 April 2019

11 April 2019

Cfos telah diwakili oleh Puan Hashima, Puan Cicelia dan En Slyvester menghadiri program Advokasi Food Bank Malaysia yang diadakan di UMS bersama NGO2 lain, pelajar UMS dan wakil-wakil syarikat perniagaan dan perhotelan. Program adalah anjuran KPDNHEP Sabah. Kepada pembaca yang ingin menghulurkan bantuan makanan kepada yang memerlukannya, sila hubungi Setiausaha Agung Cfos.

17 Mac 2019

Mesyuarat EXCO (BIL 01/2019) telah diadakan di Palace Hotel, Karamunsing, Kota Kinabalu untuk membincangkan hala tuju, program2 dan aktiviti2 sepanjang tahun 2019. Antara program2 dan aktiviti2 yang telah dirangka dan dipersetujui adalah turun padang, larian dan bakat pengguna, pemantauan harga barangan keperluan seharian oleh Price Watch Team, sekolah anak angkat, program kesedaran pengguna bersama agensi2 kerajaan, NGO2 dan aktiviti2 kemasyarakatan oleh COVAT ( Cfos voluntary Action Team )

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2019