Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2018

Menghadiri karnival anjuran RTM di Dataran Padang Merdeka Kota Kinabalu atas jemputan Consumer Forum of Malaysia

dan berpeluang berbincang dengan mereka hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan komunikasi dan multimedia khususnya permasalahan yang dihadapi oleh para pengguna di negeri Sabah. Wakil Cfos juga telah ditemuramah oleh pihak JASA mengenai dengan program-program anjuran Cfos serta perancangan  seterusnya untuk tahun 2018.

31 Oktober 2018

Presiden dan Setiausaha Agung menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Consumer Forum of Malaysia (CFM) ke 17 bertempat di auditorium, bangunan lama MCMC, Jalan Impact, Cyberjaya.

28 September 2018

Cfos telah terpilih sebagai salah satu NGO yang menerima dana sumbangan Yayasan PEKEMA sebagai suntikan mengadakan program kesedaran kepenggunaan di negeri Sabah. Penyerahan dana telah diadakan di suatu majlis berprestij yang diadakan di Hotel Hilton Kota Kinabalu pada 28 September 2018 yang turut dihadiri oleh YB Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri manakala Cfos diwakili oleh En. Mahathir Mohd Kamal (Naib Presiden) dan En. Aslan Akiran (AJK). Terpilihnya Cfos antara beberapa dalam beratus NGO yang ada adalah suatu pengiktirafan dan penghargaan.

24 Oktober 2018

Cfos telah diwakili oleh Presiden untuk menghadiri sesi perjumpaan YB Datuk Seri Menteri KPDNHEP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kepenggunaan tahun 2018 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras G, KPDNHEP, Putrajaya

25 Oktober 2018

Puan Hashima dan Puan Cecilia menghadiri sesi awareness programme on Malaysian Technical Standards Forum Berhad (MTSFB) bertempat di Promenande Hotel, Kota Kinabalu.

22 September 2018

Sukacita Cfos ingin berkongsi kegembiraan dengan semua pengguna kemenangan salah satu pengadu Cfos (Kes Imadi Pet) di Johor yang telah melalui tribunal dan akhirnya ke mahkamah sivil.

Inilah contoh seorang pengguna yang cekal berjuang habis-habisan apabila beliau telah tertipu dan terpedaya oleh peniaga yang tidak beretika. Disebabkan kes ini tular dengan luas dan dibantu lagi dengan kerjasama baik antara Cfos dan PPIM akhirnya syarikat Imadi Pet menghentikan operasi, oleh itu dapat menghentikan kegiatan penipuannya daripada berterusan. Syabas & tahniah Puan Bistari.

20 September 2018

Cfos telah menghadiri sesi Engagement Bersama NGO anjuran KPDNHEP Putrajaya untuk membincangkan keperluan menaikkan had nilai bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia daripada RM25k kepada RM50k pada 20 September 2018. Cadangan ini amat dialu-alukan bersesuaian dengan keperluan semasa. Selain daripada itu, Cfos telah mencadangkan beberapa penambahbaikan lain iaitu:

1) Agar pendengaran tuntutan dipermudahkan bersesuaian dengan asas penubuhan TTPM dahulu iaitu MUDAH, MURAH & CEPAT

2) Menaikkan kadar maksima kos mahkamah daripada RM200 kepada RM300

3) Memberi kuasa kepada penguatkuasa KPDNHEP untuk memanggil saksi defendan dalam memberi keterangan apabila award tribunal tidak dipatuhi.

4) Meningkatkan kesedaran pengguna dengan mengadakan program Lawatan Sambil Belajar ke Sesi Pendengaran tribunal seperti yang Cfos anjurkan untuk pelajar sekolah menengah yang merupakan ahli Kelab Pengguna sekolah.

Perbincangan dikalangan NGO bersama kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan KSU amat positif dan memberangsangkan. Cfos berharap akan ada lebih banyak sesi perbincangan sebegini untuk isu kepenggunaan lain dimasa terdekat.

15 September 2018

Menghadiri acara Malaysian Automotive Institute di Dewan Foochow pada 15 September 2018. Menteri MITI, YB Tuan Darell Leiking dalam ucapannya telah mengumumkan tentang hasrat kerajaan bekerjasama dengan pihak swasta untuk membuat kereta nasional ketiga yang moden dan mesra alam sekitar. Cadangan mengenainya terbuka sehingga 15 Oktober 2018 untuk dimajukan kepada MITI.

18 Ogos 2018

Mesyuarat ke 2 (2018) exco Cfos dan merayikan hari ulang tahun empat orang Ahli Jawatankuasa di Ibis Styles Hotel, Taipan, Inanam.

30 Jun 2018

Gambar-gambar aktiviti Cfos di Majlis Aidilfitri dan Open Day OUM Kota Kinabalu. Di samping beraya, Cfos turut berpeluang mempromosikan pemerkasaan kepenggunaan melalui pameran yang diadakan.

17 & 18 Mac 2018
11 Jun 2018

Sebahagian daripada gambar-gambar yang dirakam sempena Majlis Iftar Cfos yang diadakan di Thien Thien Seafood Restaurant Tanjung Aru. Turut hadir anak-anak yatim dari Sekolah Tahfiz Masjid USIA, Bandar Kota Kinabalu.

Title 3
3 & 4 Mac 2018 

Mini Family Fun Day Cfos telah diadakan di Raintree Beach & Golf Resort, Tuaran dan seterusnya menyambut hari kelahiran beberapa orang ahli EXCO yang lahir pada bulan Januari - Mac. Tujuan program santai-santai ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dikalangan ahli-ahli keluarga EXCO cfos dan rakan-rakan yang menyokong perjuangan Cfos sejak ianya ditubuhkan.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.