Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2016

14 Januari 2016 ~ 13.30 - 17.30

4 - 5 Disember 2016

Cfos telah menghantar dua orang wakil ia itu En Mahathir Mohamad Kamal dan Encik Mohd Izan Hasbullah untuk menghadiri program pembangunan (Kapasiti kepada enablers) kepenggunaan tahun 2016 anjuran KPDNKK dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP ) bertempat di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu.

Cfos telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YDH CP Dato Abdul Rashid Bin Harun di Ibu Pejabat Polis Kotinjen Sabah untuk memberi penerangan serta taklimat mengenai dengan program kepenggunaan yang akan diadakan mulai bulan Oktober 2016 dengan kerjasama BAKA (Bahagian Agama dan Kaunselling) dan PERKEP (Persatuan Keluarga Polis Cawangan IPK Sabah) Delegasi Cfos diketuai oleh Pn Hashima Hasbullah.

13 Oktober 2016

Sebahagian daripada EXCO Cfos hadir untuk memberi taklimat serta penerangan kepada En Fredeck Kantod dan Tuan Haji Awang Hamidun di pejabat Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sabah di Kota Kinabalu mengenai dengan program kesedaran pengguna FASA III yang akan bermula 15 Oktober 2016 ini.

Cfos antara 7 NGO kepenggunaan dalam negara yang terpilih oleh KPDNKK untuk menerima bantuan kewangan bagi menjalankan kempen serta program kepenggunaan 2016/17.

 

Cfos telah diwakili oleh Presiden, Nordin Thani untuk menerima bantuan tersebut yang disampaikan oleh Menteri KPDNKK, YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin bertempat Aras 10, Blok Menara, KPDNKK, Putrajaya.

30 September 2016

8 Ogos 2016 - 1400 -1700

Cfos telah dijemput untuk menghadiri perjumpaan NGO bersama Pengarah KPDNKK Sabah, Encik Yahya Bin Sulaiman @ Ag Yahya Ag Tim bertempat di Dewan Negeri Sembilan, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kota Kinabalu untuk membincangkan program yang akan diadakan bersama KPDNKK dan NGO Pengguna yang lain. Turut dibincangkan adalah bagaimana untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran pengguna khususnya di Sabah serta membuat pemantauan harga barangan yang berterusan di seluruh negeri.

28 September 2016

24 September 2016

Tuan Haji Osman Nally ( berbaju hijau ) telah mewakili Presiden untuk menerima anugerah tokoh pengguna NGO 2016 yang diadakan di Sandakan sempena hari pengguna peringkat

negeri Sabah. Pada hari yang sama Cfos telah melancarkan program celik pengguna junior 

sempena dengan kempen kos sara hidup Fasa 3 bertempat di Promenande Hotel, K Kinabalu.

22 September 2016 - 0800 - 1300

Sebahagian daripada EXCO Cfos telah menghadiri program forum bicara kos sara hidup yang diadakan pada 22 September 2016 bertempat di Ball Room, Wisma Wanita, Kota Kinabalu. Gambar kenangan EXCO Cfos yang hadir Slyvester Majawat (Naib Presiden IV), Cicelia Jack (Penolong Setiausaha Agung), Muanam Mujiarto (Exco), Francisco Bryan Alun (Exco), Florence Chiew (Exco) dan Rostinah Suadah (Exco) bersama Timbalan Pengarah KPDNKK Sabah, Encik Yahya Bin Sujak.

25 Julai 2016 - 9.30 - 1200

Presiden telah mewakili Cfos untuk menghadiri Majlis Perjumpaan bersama YBhg Dato Sri Jamil Salleh, Ketua Setiausaha, KPDNKK untuk membincangkan cadangan peraturan mekanisme pencatutan yang baharu di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 bertempat di Dewan Serbaguna, Aras G, KPDNKK, Putrajaya

12 Mei 2016 ~ 0830 - 1300

Cfos telah dijemput oleh Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu untuk menghadiri program kesedaran OKU bertajuk " Ke arah Sistem Kewangan Yang Lebih Inklusif " dalam usaha untuk membantu meningkatkan akses kumpulan OKU kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang lebih meluas. Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani (Presiden), Slyvester Majawat (Naib Presiden IV) dan Cecilia Jack (Penolong Setiausaha).

18 April 2016 ~ 1545 - 1700

Sebahagian daripada EXCO Cfos yang hadir semasa kunjungan hormat terhadap pengarah KPDNKK negeri yang baru ia itu Encik Yahya Bin Sulaiman @ Ag Yahya Ag Tim pada hari Isnin 18 April 2016. Tujuan perjumpaan adalah untuk memperkenalkan Cfos selain memberi taklimat tentang program/aktiviti yang telah, sedang dan akan diadakan. Cfos juga mengharapkan agar hubungan baik dan kerjasama yang sedia ada antara Cfos dengan KPDNKK akan berterusan demi kepentingan bersama khususnya pengguna di negeri ini.

Presiden Cfos telah menghadiri sesi engagement bersama YB Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan dengan kepenggunaan yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Persatuan Peniaga bertempat di Dewan Serbaguna, Aras Bawah, Bangunan KPDNKK Putrajaya.

21 Januari 2016 ~ 10.00 - 11.00

Presiden telah mewakili Cfos untuk menghadiri satu mesyuarat tertutup bersama YAB Perdana Menteri bagi mendapatkan pandangan mengenai situasi ekonomi semasa dari sudut kepenggunaan bertempat di Bilik Mesyuarat Khas 2, Aras 3, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Turut hadir CAP Pulau Pinang, FOMCA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Consumers Voice of Sarawak (COVAS)

Selepas menghadiri mesyuarat tersebut dengan YAB Perdana Menteri, Presiden sempat meluangkan masa di sebelah tengah hari bersama sdra Michael Tiong, Presiden COVAS ke pejabat operasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Puteri Villa, Kuala Lumpur untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh YBhg Dato Nadzim Johari, Ketua Aktivis PPIM mengenai dengan aktiviti serta program seharian mereka.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.