Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Diari jemputan/program/aktiviti rasmi 2015

30 November 2015 ~ 1500 - 1730

Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani ( Presiden ) dan Pn Hashima Hasbullah ( Setiausaha Agung / Naib Presiden I ) ke Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan NGO Kepengggunaan 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Cempaka, Bahagian Gerakan Kepenggunaan, Aras 4, Podium 2, KPDNKK, Precint 2, Putrajaya. 

27 Oktober 2015 ~  0830 - 1700

Cfos telah dijemput oleh Institute For Development Studies ( IDS ) untuk menghadiri seminar on renewable energy : Electrification for Rural Community bertempat di Pacific Sutera, Ballroom 2-3, Level 2, Pacific Sutera Harbour Resort pada 27 Oktober 2015. Seminar dianjurkan oleh IDS dengan kerjasama Konrad Adenauer Stiftung, Germany dihadiri pakar RE, NGOs dan pemimpin masyarakat. Cfos diwakili oleh Presiden dan Setiausaha Agung.

11 Jun 2015 ~ 0830 - 1300

 

Program Fasilitasi Industri Perkhidmatan 2015 ( FILIM 2015 ) dan Advokasi Perundangan Standard Keselamatan Produk Pengguna anjuran KPDNKK telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka, cawangan Sabah. Seramai lapan orang Ahli Jawatankuasa cfos menghadiri program tersebut terdiri daripada Nordin Thani (Presiden) yang juga salah seorang daripada panel jemputan, Francis Daniel (Timbalan Presiden I), Noh Abdul Aziz (Timbalan Presiden III), Hashima Hasbullah Yahya (Naib I/SUA), Akian Bin Ah Kiew (Naib II), Mahathir Mohd Kamal (Naib III), Sylvester Majawat (Naib IV) dan Arvanna Matdin (AJK)

20 Oktober 2015 ~ 0800 - 1130

Menghadiri mesyuarat gerakan pengguna Tawau yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Ismail Mayakob, Presiden Majlis Perbandaran Tawau. Cfos telah diwakili oleh Puan Hashima Hasbullah ( Naib Presiden I/Setiausaha Agung ), Mahathir Mohd Kamal ( Naib Presiden III ) dan Puan Cecelia Jack ( Penolong Setiausaha Agung )

 

 

30 April 2015 ~ 0900 - 1230

 

Menghadiri program kesedaran kepenggunaan anjuran Unit Kepenggunaan Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah di Bangunan Wisma Wanita, Jalan Tuaran. Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani (Presiden), Hashima Hasbullah Yahya (Naib I/SUA), Mahathir Mohd Kamal (Naib III), Slyvester Majawat (Naib IV), Cecelia Hugo (Penolong Setiausaha) dan Rahmat Ali Mohd Hussain (Penolong Bendahari).

 

Program diadakan untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai penggunaan logo halal, Akta penguatkuasaan logo halal, keselamatan makanan serta perkara yang berkaitan dengan halal haram.

18 Ogos 2015 ~ 9.00 - 1300

 

Forum Awam Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Malaysia (JPUUM) Siri 2 telah dihadiri oleh Nordin Thani (Presiden) dan Hashima Hasbullah Yahya (Naib I/SUA) bertempat di Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.

18 Ogos 2015 ~ 16.00 - 1730

 

Mesyuarat suai kenal bersama Bank Negara telah diadakan di Bilik Mesyuarat Bank Negara Malaysia, Kota Kinabalu untuk membincang tentang kesedaran pengguna berkaitan dengan pengurusan dan pendidikan kewangan serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh pengguna di Sabah dan aduan-aduan berhubung dengan perkhidmatan perbankan dan produk kewangan.

 

Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani (Presiden), Hashima Hasbullah Yahya (Naib I/SUA), Akian Bin Ah Kiew (Naib III), Sylvester Majawat (Naib IV), Cecelia Hugo (Penolong SUA), Rahmat Ali Mohd Hussain (Penolong Bendahari), Francisco Bryan Alun (AJK) dan Muhammad Fauzi Hassan (AJK)

16 September 2015 ~ 0830 - 1230

 

Forum Awam Empangan Kaiduan telah diadakan bertempat di Peregrine Room, 3rd Floor, Likas Square untuk membincangkan isu-isu semasa dan mendengar suara bantahan daripada penduduk kampung yang tinggal dalam kawasan perkampungan tersebut, di mana projek empangan ini akan dibina. Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani (Presiden) dan Abdullah Ezra (Bendahari Agung). 

13 Mei 2015 ~ 0900 - 1300

 

Perbincangan meja bulat mengenai kovenan antarabangsa hak ekonomi, sosial dan kebudayaan telah diadakan di Bilik Orkid, Tingkat 1, Hotel Promenande, Kota Kinabalu anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia                   ( SUHAKAM ) Cfos telah diwakili oleh Nordin Thani (Presiden).

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.