Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Seminar dan ceramah terbukasempena kempen Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna 

( Dewan Serbaguna, Kg Titingan, Tawau ~ 29 Januari 2016 )

Program khas Seminar dan Ceramah terbuka sempena kempen pemerkasaan pendidikan dan kesedaran pengguna FASA II telah diadakan pada 29 Januari 2016 bertempat di Dewan Serbaguna, Kg Titingan, Tawau. Program anjuran cfos dengan kerjasama KPDNKK, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N56 Apas, JAKIM dan AJK Badan Masjid Babul Khair telah dirasmikan oleh Encik Saman Amat Simito, Pegawai Pemimpin Pembangunan Masyarakat N56 Apas mewakili YB Datuk Haji Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap ADUN N56 Apas,Tawau.

 

Seramai 283 orang peserta telah berdaftar untuk menghadiri seminar tersebut manakala lebih 300 orang hadir ceramah terbuka yang diadakan di perkarangan Masjid Babul Khair, Kg Titingan. Peserta terdiri daripada masyarakat kampung, kapitan-kapitan cina Tawau, ketua-ketua kampung, pengerusi-pengerusi  JKKK dan wakil-wakil anak negeri.

 

Ceramah bertajuk " Fungsi dan Misi Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK " telah disampaikan oleh Encik Alpari Hj Joehari, PDNKK cawangan Tawau sementara tajuk untuk ceramah terbuka ia itu " Titikberatkan hidup bersederhana dalam ekonomi tidak menentu cara Islam" terpaksa ditukar pada saat-saat akhir oleh AJK Badan Masjid dan peserta atas permintaan ramai supaya tajuk tersebut digantikan dengan " Apa beza HALAL dan We serve no Pork" 

 

Selain ceramah PDNKK cawangan Tawau turut mengadakan pameran dan membuka kaunter aduan untuk orang ramai yang berkunjung ke program tersebut.

 

Ceramah dan khutbah " Makanan Halal Membawa Berkat " telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli Bin Ahmat, Penolong Pengarah JAKIM Sabah.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.