Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Seminar Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna ~ Pelancaran Skuad Pengguna Bijak Luar Bandar cfos, Kg Masalog, Kota Marudu ~ 27 Februari 2015.

 

 Program ke 8 (FASA I) dalam siri menjelajah ke luar bandar Sabah anjuran Consumers Front of Sabah     ( cfos )  telah diadakan di Dewan Komuniti, Kg Masalog, Kota Marudu pada 27 Februari 2015. Seminar sehari itu membincangkan tentang kos sara hidup rakyat dan diikuti dengan pelancaran skuad pengguna bijak luar bandar cfos. Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Anita Baranting, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah merangkap ADUN N5 Tandek dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah.

 

Seramai 358 orang peserta telah menghadiri program tersebut terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan, ketua serta AJK cawangan wanita PBS mukim Talantang dan Tingkalanon, wakil-wakil pergerakan wanita parti komponen BN dan penduduk Kg Masalog dan Kg Longob yang terpilih.

 

Empat ceramah telah disampaikan. Tajuk-tajuk adalah seperti berikut :-

 

1. "Cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat" oleh Faizal Mohamad, Timbalan Pengurus Bank Rakyat cawangan Kota Marudu.

 

2. "Apa itu GST? Kenapa GST? Apa kesannya terhadap harga barangan setelah diimplimentasikan" oleh Naib Presiden III cfos Mahathir Mohamad Kamal.

 

3. "Cara untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat" oleh Presiden cfos, Nordin Thani

 

4. "Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti" oleh Insp Zambri Zakaria, Bahagian Perundangan JSJ IPD Kota Marudu.

 

Selain ceramah, pameran juga telah diadakan oleh Bank Rakyat, Bahagian Trafik IPD Kota Marudu dan cfos

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.