Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Bakat Pengguna, Dewan Mini, Kg Ulu Sipitang ~ 16 Januari 2016

Bakat Pengguna anjuran cfos dengan kerjasama KPDNKK dan UMNO Bahagian P178 Sipitang - (ZON Ulu Sipitang)

Lebih daripada 500 orang masyarakat kampung Ulu Sipitang hadir untuk menyaksikan program hiburan berinformasi tersebut yang diadakan di Dewan Mini pada 16 Januari 2016. Pada peringkat saringan untuk memilih 10 orang finalists ( 5 kategori remaja dan 5 kategori veteran ) seramai 31 peserta bertanding ia itu 19 remaja dan 12 veteran. Soalan-soalan untuk para peserta finalists dan segmen khas ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Sdra Mahathir Mohd Kamal, Naib Presiden III cfos.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Cik Suzie Hamat, Ketua Pergerakan Puteri UMNO P178 Sipitang. Turut hadir YB Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Ketua UMNO Bahagian Sipitang merangkap Ahli Parlimen Sipitang dan beberapa orang pemimpin masyarakat setempat serta barisan kepimpinan UMNO bahagian ( termasuk wanita, pemuda dan puteri ) dan ahli2 jawatankuasa cawangan2 UMNO zon Ulu Sipitang yang di ketuai oleh Tuan Haji Daim Bakar

 

Pemenang pertandingan Bakat Pengguna bagi kategori remaja dan veteran adalah seperti berikut :-

 

Kategori Remaja :-

 

Johan :- Jairun Maid

Naib Johan :- Omar Alias

Tempat Ketiga :- Agree Nazam

 

Kategori Veteran :-

 

Johan :- Osman Jitro

Naib Johan :- Rosnah Mat Yassin

Tempat Ketiga :- Mahadi Hj Sembilan

Keratan akhbar.....

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.