Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

iCeramah Terbuka ~ Masjid Kg Pantai, Sipitang ~ 15 Januari 2016

Ceramah terbuka anjuran cfos dengan kerjasama KPDNKK, UMNO Bahagian P178 Sipitang, JAKIM, Biro Dakwah dan AJK badan Masjid Kg Pantai Sipitang telah diadakan pada 15 Januari 2016 bertempat di perkarangan Masjid Kg Pantai, Sipitang.

 

Program ini adalah merupakan program ketiga cfos setelah diadakan di Masjid Tun Ahmad Shah, Kg Inanam Laut dan Masjid Al-Mahabbah, Petagas dengan jayanya. Atas permintaan badan Masjid, tajuk " Cara menangani kenaikan kos sara hidup dari perspektif Islam " dan " Apa beza HALAL dan We Serve No Pork " telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadli Amat, Penolong Pengarah JAKIM Sabah. Beliau juga telah mengimamkan solat Jumaat dan menyampaikan khutbah bersandarkan tajuk ceramah tersebut.

 

Program telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad, Ahli Parlimen P178 Sipitang. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri N28 Sindumin, YB Datuk Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang, En Latip Ahmad, Ketua Puteri UMNO Sipitang dan masyarakat kampung Pantai Sipitang. Selain ceramah, pameran juga telah diadakan oleh cfos dan barangan kraf tangan untuk dijual hasil kerja masyarakat setempat.

 

 

 

 

 

Keratan akhbar........

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.