Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Seminar Pemerkasaan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna ~ Dewan Terbuka SMK Sri Nangka, Tuaran

Seramai 325 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli kelab pengguna SMK Sri Nangka, warga pendidik, kakitangan pejabat pendidikan daerah Tuaran, barisan kepimpinan serta ahli-ahli PEWANIS, guru-guru penasihat kelab-kelab pengguna sekolah daerah Tuaran dan PIBG SMK Sri Nangka hadir untuk menjayakan program yang telah diadakan pada 5 Mei 2014 bertempat di Dewan Terbuka SMK Sri Nangka, Tuaran.

 

Program anjuran Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama KPDNKK dan Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Negeri Sabah ( PEWANIS ) telah dirasmikan oleh Puan Tah Nia Binti Haji Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran merangkap pengerusi PEWANIS cawangan Tuaran.

 

Turut serta untuk menjayakan program adalah unit pameran daripada cawangan PDNKK Tuaran dan cfos. Tidak ketinggalan, unit siaran luar Utara FM yang membuat siaran secara lintas langsung melalui radio online daripada awal hingga ke akhir program diadakan.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.