Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Program Kelab Pengguna Junior Cfos Siri ke 11 Minggu ke 11 - 24 Disember 2016

Setelah selesai siri ke 10 minggu ke 10 program pengguna bijak Cfos diadakan, satu program khas lawatan sambil belajar telah diadakan pada 24 Disember 2016. Program ini merupakan sebahagian daripada kempen pemerkasaan kepenggunaan Fasa III Cfos untuk sasaran pengguna junior.

 

Lawatan telah dimulakan di Giant Hypermarket Putatan di mana ahli kelab dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka telah diberi penerangan dan ilmu pengetahuan mengenai label & keselamatan produk, tanda harga & tanda halal.

 

Seterusnya lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu di Sembulan di mana Ketua Penyelia Balai iaitu Tuan Zainuddin Bin Saidi dibantu oleh pegawai bomba yang lain telah memberi penerangan mengenai panggilan kecemasan. Langkah-langkah perlu semasa kecemasan yang perlu diambil dan telah memperkenalkan jenis-jenis jentera dan peralatan bomba yang digunakan untuk pelbagai keadaan kecemasan.

 

Selepas rehat dan solat zohor di Masjid Negeri Sabah, lawatan diteruskan ke lokasi terakhir iaitu di City Cineplex, City Mall. Pihak pengurusan telah memberi penerangan mengenai dengan Movie Rating/Pengkelasan Filem tentang kepentingannya sebelum peserta dibawa menonton filem SING.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.