Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Program turun padang - Pasar Besar Tawau - 12 April 2015

Program turun padang adalah merupakan sebahagian daripada program " Cost Of Living " dan " Price Watch Team " cfos untuk memantau harga barangan dan membuat tinjauan ke premis-premis perniagaan bagi memastikan para peniaga mematuhi akta -akta dibawah seliaan KPDNKK semasa menjalankan urusan perniagaan mereka.

Lokasi tinjauan adalah berdasarkan dengan jumlah aduan yang diterima daripada pengguna dan peniaga. 

Pada 12 April 2015, Price Watch Team cfos telah membuat tinjauan ke pasar besar Tawau untuk memeriksa para peniaga menandakan harga barangan jualan mereka dan mengambil kesempatan berinteraksi untuk mendapatkan maklum balas tentang kos sara hidup masyarakat setempat dan barangan yang dijual di pasar tersebut.

Di samping itu, cfos juga berpeluang untuk mendengar aduan oleh pengguna yang berkunjung ke pasar besar Tawau tentang harga dan kualiti barangan yang dijual. 

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.