Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Ceramah terbuka cfos bersama JAKIM, KPDNKK dan Jawatankuasa Syukbah dan Kaunseling Masjid Tun Ahmad Shah, Kg Inanam Laut, Kota Kinabalu.

Ceramah terbuka anjuran cfos sempena kempen pemerkasaan pendidikan dan kesedaran pengguna dengan kerjasama KPDNKK, JAKIM, Jawatankuasa Syukbah Kebajikan dan Kaunselling Masjid Tun Ahmad Shah dan Utara FM telah diadakan di perkarangan Masjid Tun Ahmad Shah Kg Inanam Laut, Kota Kinabalu pada 28 Mac 2014.

 

Tajuk ceramah dan penceramah :-

 

Apa beza HALAL dan We Serve No Pork? - Ustaz Muhamad Fadli Ahmad, JAKIM

Kuasa dan Batasan Kuasa Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia - Encik Asiki Haji Tarimoh

Cara menangani kenaikan kos sara hidup dari perspektif Islam - Ustaz Muhamad Fadli Ahmad, JAKIM

 

Tujuan program diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang perbezaan logo makanan HALAL dan We Serve No Pork yang dipamerkan di premis-premis makanan yang bukan diusahakan oleh pengusaha bukan beragama Islam. Selain itu, untuk memberi penerangan dan penjelasan tentang kenaikan kos sara hidup dan impak harga barangan bagaimana hendak menanganinya dari perspektif Islam kepada peserta yang hadir. Antara 750 - 1000 orang hadir pada hari tersebut. Cfos telah mengadakan pameran untuk menyedarkan peserta tentang bahayanya makanan dan minuman yang mengandungi bahan-bahan terlarang serta isi kandungan gula yang berlebihan diminum seharian tanpa disedari.

 

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.