Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

PWT~ Kawasan Parlimen P174 Penampang - 27/10/2018

Cfos dan Pusat Khidmat Rakyat P174 Penampang telah bersama-sama turun padang membuat tinjauan dan pemantauan di sekitar Pekan Donggongon dan Penampang Baru pada 27 Oktober 2018. Di samping memantau, menemuramah para pengguna secara rawak juga telah diadakan. Hasil pemantauan dan sesi engagement berikut adalah maklum balas yang telah diperolehi.

 

1) Tidak berapa ramai yang faham tentang cukai SST

2) Kebanyakan pengguna yang ditemuramah tidak tahu mengenai Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)

3) Majoriti pengguna yang ditemuramah tidak mengetahui bahawa mereka boleh membuat aduan kepada KPDNHEP jika mendapati sesuatu harga jualan itu terlalu mahal atau tidak masuk akal.

4) Pemantauan di beberapa pasaraya mendapati terdapat beberapa produk yang telah luput tarikh dijual dan harga di premis premis makanan yang diperiksa adalah mahal.

5) Terdapat juga produk Malaysia mempunyai logo halal yang diragui

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.