Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Bakat Pengguna, Dewan Serbaguna, Kg Titingan, Tawau ~ 11 April 2015

Program hiburan berinformasi diteruskan lagi untuk memilih pemenang mewakili daerah Tawau ke peringkat negeri. Pada 11 April 2015, program berkenaan telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kg Titingan, Tawau sempena dengan pelancaran Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II.

 

Program adalah anjuran Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ) dan UMNO Bahagian P190 Tawau.

 

YBhg Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian P190 Tawau telah menyempurnakan majlis perasmiannya.

 

Para peserta telah diuji pengetahuan mereka dengan soalan-soalan yang diajukan berkaitan dengan GST dan hak-hak mereka sebagai seorang pengguna.

 

Pemenang pertandingan Bakat Pengguna bagi kategori remaja dan veteran adalah seperti berikut :-

 

Kategori Remaja :-

 

Johan :- Pitriani Binti A Mohamad

Naib Johan :- Nik Fadlee Bin Elhamshah

Tempat ketiga :- Hardianshah Bin Barahim

 

Kategori Veteran :-

 

Johan :- Effendi Kassin

Naib Johan :- Hasan Bin Lamama

Tempat Ketiga :- Salbiah Binti Bain

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.