Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Program Turun Padang ~ Pekan dan Tamu Manggatal, Kota Kinabalu ~ 5 November 2015

Price Watch Team cfos telah membuat kaji selidik dan tinjauan ke tamu serta kedai runcit di pekan Manggatal pada 5 November 2015 untuk memastikan harga barangan yang dijual mengikut harga yang berpatutan serta barang makanan tidak luput tarikhnya. Didapati ada beberapa peniaga yang tidak bertanggungjawab masih menjual barangan yang hampir dan telah luput tarikhnya. Cfos akan memaklumkan perkara ini kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka (peniaga) yang tidak bertanggungjawab menjual barangan tersebut terutama sekali barang minuman dan makanan.

Selepas program di pekan Manggatal, cfos telah memantau harga makanan dan barangan runcit yang dijual di kafeteria dan premis rumah sakit Queen Elizabeth II Luyang. Cfos telah menerima banyak aduan daripada orang awam serta kakitangan rumah sakit tersebut berkaitan dengan harga barangan dan makanan yang dijual terlalu mahal dan tidak berpatutan. Hasil daripada pemantauan dan temuramah dengan orang awam yang telah dilakukan pada hari tersebut, satu laporan akan diserahkan kepada pihak yang berwajib dalam masa terdekat ini untuk tindakan mereka selanjutnya.

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.