Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Pelancaran Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II ~ Tawau ~ 11 April 2015

Program memperkasakan pendidikan dan kesedaran pengguna FASA II telah diadakan di Tawau pada 11 April 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Kg Titingan. Program sehari itu telah disempurnakan pelancaranya oleh YB Datuk Haji Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian P190 Tawau.

Program adalah anjuran Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ), UMNO Bahagian P190 Tawau, Bank Rakyat cawangan Tawau dan Communinty Policing Malaysia Sabah.

Sebanyak lima buah ceramah telah diadakan termasuk ceramah khas berkenaan dengan perlaksanaan GST yang disampaikan oleh Naib Presiden III cfos, Mahathir Mohd Kamal.

Tajuk-tajuk ceramah dan penceramah

1. Penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan GST oleh Encik Mohamad Zawawi - KPDNKK

2. Fungsi dan objektif tribunal tuntutan pengguna Malaysia oleh Encik Asiki Tarimoh - KPDNKK

3. Cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat oleh Encik Suhasman Bin Sudirman - Bank Rakyat

4. Pencegahan jenayah dan keselamatan komuniti oleh ASP Nurul Hafidz Bin Mohd Derus - IPD Tawau

Seramai 351 orang peserta hadir terdiri daripada para pemimpin masyarakat daripada kawasan DUN N56 Apas dan DUN N57 Balung, Barisan AJK UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri P190 Tawau, wakil-wakil komponen parti barisan nasional, ketua dan ahli-ahli cawangan UMNO, kakitangan daripada pejabat pegawai pembangunan masyarakat dan penduduk kampung Titingan.

Majlis penutupan dan penyerahan sijil kehadiran program telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian P190 Tawau, YBhg Datuk Hajjah Rosdianah Binti Mohd Nor.

Pada sebelah malamnya, program berinformasi berbentuk hiburan " Bakat Pengguna " telah diadakan bertempat di dewan yang sama.

 


 

 

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.