Official

cfos

website

(program and

activities)

 

 

Pelancaran logo rasmi cfos " Saya pengguna bijak "

Pada 18 Mac 2014 Seminar Pemerkasaan Pendidikan Pengguna telah diadakan di Kota Marudu. Program sehari itu dirasmikan oleh ADUN N5 Tandek Y.B Puan Anita Baranting merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah. Sejurus merasmikan program, beliau seterusnya melancarkan logo rasmi 'Saya Pengguna Bijak' cfos yang mana akan digunakan dalam sepanjang program Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna ini diadakan.

 

Program ini juga adalah merupakan program yang pertama diadakan dalam siri menjelajah ke seluruh kawasan luar bandar Sabah. Selepas Kota Marudu, program akan diadakan di Pitas. Seramai 247 peserta hadir terdiri daripada pemimpin-pemimpin masyarakat setempat, ahli-ahli kelab pengguna sekolah menengah, wakil-wakil NGO terpilih dan penjawat awam negeri serta persekutuan.

 

Selain berseminar, pameran juga diadakan oleh cfos dan program derma darah anjuran Kementerian Kesihatan Kota Marudu. Penutupan program dan penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan telah disempurnakan oleh YBhg Encik Sualim Sanan pegawai daerah Kota Marudu.

 

Program diadakan di Dewan Komuniti, pekan Kota Marudu dan telah disiarkan secara lintas langsung melalui radio online rasmi cfos utarafm.

 

 

 

 

 

Program anjuran Consumers Front of Sabah ( cfos ) dengan kerjasama KPDNKK, Community Policing Malaysia Sabah dan Utara FM

This website is created and hosted by Website.com's Site Builder.